Senin, 20 Januari 2014

Terbaik Petrosains 2013!



Berteras dan bersandar pada visi 'Creating Wonder', Petrosains KLCC telah menyediakan pelbagai program-program pendidikan sains yang menarik merangkumi  pelbagai variasi pendekatan khusus untuk seluruh penduduk di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak. Program-program yang disediakan bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat dan peringkat usia. Tidak ketinggalan juga pusat satelit mini Petrosains yang beroperasi di negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Playsmart Johor Bahru, Playsmart Kuantan dan Playsmart Kota Kinabalu. Ini termasuklah pameran Dinotrek 2 yang menceritakan tentang penemuan semula cicak gergasi ataupun dinosaur yang turut menyajikan pelbagai program yang sememangnya unik dan tersendiri. Himpunan bahan-bahan pendidikan sains terbaik juga turut menemui para pengunjung maya di laman sesawang kami www.petrosains.com.my dan di Petrosains Blog www.petrosains.com.my/blog. Kompilasi bahan-bahan tulisan ringkas berunsur sains juga terdapat di laman media sosial Facebook Petrosains - The Discovery Centre, Twitter @petrosains dan di Instagram @instapetrosains.


Saban tahun Petrosains terus berusaha menyediakan program-program menarik untuk tidak menghampakan para pengunjungnya. Begitupun, 2013 sekali lagi merupakan tahun kejayaan di mana  kemeriahan terbaik Petrosains dirasakan menerusi  Petrosains Science Festival yang dijalankan dari 22 Oktober sehingga 27 Oktober 2013. Sorotan yang paling menyerlah bagi tahun 2013 dan juga merupakan acara yang diadakan buat julung kalinya ini menghimpunkan saintis-saintis yang mempamerkan penemuan dan inovasi saintifik terkini, bengkel-bengkel sains, aktiviti-aktiviti sains interaktif, pendedahan informasi terkini mengenai kesan dan pendekatan penggunaan laman media sosial serta banyak lagi. Pembabitan dari pelbagai pihak dalam menjayakan program ini mencatat bilangan pengunjung yang amat memberangsangkan.


Selain itu, Pertandingan Pertunjukan Sains anjuran Petrosains untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia dikatakan sebagai  sorotan kedua terbesar. Pertandingan ini secara langsung dapat memupuk minat para pelajar untuk mendalami ilmu sains dan dapat mengubah persepsi terhadap mata pelajaran ini dari sesuatu yang rumit kepada amat menyeronokkan.

Keunikan Petrosains terserlah apabila 'pelantar minyak' dipilih sebagai bahan pameran yang paling diminati. 'Simulator helikopter' dan 'Perjalanan Sekilas Masa'  juga dikatakan popular dikalangan pengunjung daripada maklumat maklumbalas yang diterima. 

Staf-staf Petrosains layak diberi pujian selari dengan pencapaian terbaik Petrosains tahun ini. Komunikasi sains secara efektif oleh para fasilitator dalam mengaplikasikan pendekatan penerokaan sendiri tentang fenomena dan konsep sains memberi ruang untuk pengunjung untuk mengalami sendiri supaya ia lebih mudah difahami berbanding belajar melalui pembacaan sahaja. Layanan mesra pegawai khidmat pelanggan ketika berinteraksi menunjukkan setulus usaha memahami dan menyampaikan maklumat terhadap para pengunjung turut meninggalkan impak hebat semasa lawatan yang menakjubkan di Petrosains.

Program-program lain seperti Program Bersama Saintis, program bersama guru, program -program yang diwujudkan khas untuk pelajar-pelajar sekolah dan banyak lagi secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada murid-murid dan masyarakat tempatan untuk meminati sains dan menjadikan Petrosains sebagai satu tempat untuk mempelajari sains.

Sains dimana-mana! Itulah Petrosains yang telah membuka minda dan menjana semua termasuk golongan pendidik untuk melangkah kehadapan dalam pembelajaran dan pendidikan sains melalui pendekatan 'hands-on' mampu memberi manfaat terhadap generasi kini untuk masa akan datang!

Petrosains amat menghargai maklumbalas dari para pengunjung yang hadir mahupun melalui laman media sosial kami. Segala yang baik harus di teruskan manakala kami pasti akan menitikberatkan apa sahaja perkara yang perlu diperbaiki pada masa akan datang demi ke arah mencapai pusat sains bertaraf dunia.

Jadi, mengapa anda perlu kembali ke Petrosains pada tahun 2014? Sudah pasti kerana sorotan dan paparan program sains yang lebih menarik menanti anda!


Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!








Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains







0 komentar: